<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8588344944091167635?origin\x3dhttp://diyana-1n1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
.Monday, March 15, 2010 ' 8:31 PM Y
DIYANA; is the way of her life ♥















Singapura dilanggar todak



Pengenalan:



Karya klasik 'Singapura dilanggar todak' terkandung dalam teks sejarah melayu
atau Sulalatus Slatin yang telah dikarang oleh Tun Seri Lanang dalam bab empat,halaman 67.
Kisahnya bermula semasa Tuan Jana Khatib yang merupakan seorang yang mahir dalam ilmu agama telah datang ke Singapura.Di Singapura,Tuan Jana Khatib berjalan di pekan Singapura sehinggalah ke pintu peranginan raja.Di situ,Tuan Jana Khatib telah menilik atau merenung pohon pinang sehingga pohon itu tebelah dua dan kejadian itu berlaku di hadapn permaisuri raja.Raja telah menitahkan hukuman bunuh keatas Tuan Jana Khatib kerana menganggap Tuan Jana Khatib sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapn permaisuri.Tidak lama kemudian,Singapura menerima bencana besar iaitu bencana serangan todak.Ramai rakyat jelata telah terkorban.Nyawa rakyat terus melayang apabila Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis.Kemudian datang seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang.Akhirnya berkat cadangan bernas budak pintar tersebut,serangan todak telah berakhir.Tetapi budak tersebut telah dijatuhi hukuman bunuh akibat hasutan para pembesar terhadap raja yang tidak berfikir panjang tentang kebijaksanaannya yang di khuatiri akan menggugat raja apabila dia besar kelak.

Singapura Dilanggar Todak:
Maka dipandanganya di pintu peranginan raja itu,ada perempuan dilindungi oleh pohon pinang gading;oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu bela dua.Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka;titah baginda,"Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib,diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya."Maka disuruh baginda bunuh;Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang;di sanalah ia ditikam orang .Maka titik darahnya setitik,badannya pun ghaiblah.Orang yang membunuh itu pun kembalilah,dipersembahkannya kepada raja.Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu,darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan bikangnya.Dengan berkat dari wali Allah,perempuan itu mejadi kayalah dari harga bikangnya;tutup bikang itu pun menjadi batu,ada sekarang di Singapura.Ada diceritakan orang,badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi,ditanamkan orang disana.Inilah dibuat orang Pantun:



Telur itik dari Singgora,


Pandan terdandar di batang tui;


Darahnya titik di Singapura,


Badan terhantar di Lengkawi.


Hatta tiada berapa lama antaranya,maka datanglah todak menyerang Singapura,berlompatan lalu keparit.Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilompati todak itu;barang yang kena terus-menerus olehnya.Maka gempalah orang berlari-larian ke sana kemari ,semuanya mengatakan ,"Todak datang menyerang kita,banyaklah sudah mati ditikamnya."Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah,lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian.Setelah datang ke pantai,maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu,barang yang kena dilompatinya sama sekali matilah.Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu,terus berkancing ke sebelah.Adapun todak itu seperti hujan,usahkan kurang,makin banyak orang mati.Syahadan pada antara itu,datanglah seorang budak berkata,"apa kerja kita berkotakan betis ini?Mendayakan diri kita.Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?"setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu,maka titah baginda,"Benar seperti kata budak itu,"maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota.Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang.Maka segala todak yang melompat itu lekatlah jongornya,tercacak kepada batang pisang itu;dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat.Maka todak itu pun tiadalah melompat lagi.Pada satu ceritera pada masa todak itu melompat,datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja,kena baju baginda;maka diperbuat orang



Seloka:

Cerek baju dilompati todak,

Baharu menurut kata budak.

Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda.Maka sembah Orang Besar-besar,"Tuanku,akan budak itu terlalu sekali besar akalnya.Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya,jikalau sudah ia besar betapa lagi?Baiklah ia kita bunuh tuanku."Maka titih raja,"Benarlah kata tuan hamba sekalian itu, bunuh ia!"


Dalam kisah 'Singapura dilanggar todak',persoalan yang jelas terkandung di dalamnya dari sudut falsafah ialah mengenai ketaatan dan kesetiaan terhadap tanggungjawab dua golongan utama pada waktu itu iaitu golongan pemerintah dan rakyat biasa.Rakyat jelata ialah golongan manusia yang dipimpin dan diperintah oleh sebuah institusi tertinggi di dalam sesebuah negeri,daerah atau jajahan. Golongan pemimpin pada waktu itu terdiri daripada para pembesar dan golongan bangsawan atau darah keturunan raja.Sesebuah negeri memerlukan satu jalinan yang amat akrab daripada kedua-dua golongan ini bagi membentuk sebuah kehidupan yang aman ,stabilk dan harmoni.


Salam hormat kepada saya.

harap anda seronok membaca(:

Labels:








PAST♥

  • March 2010


  • DIYANA♥

    Photobucket
    Nama saya dikenali sebagai DIYANA BTE JUNAIDY.
    21/04/1997 dimana saye berada di dunia ini
    Ini adalah blog melayu saya
    Jikalau jika ada apa-apa soalan pergi ke tagboard


    MusicPlaylist
    Music Playlist at MixPod.com


    Diyana-Wants ♥

    mendapat markah yg terbaik
    membanggakan ibu bapa
    sentiasa senyum(:

    Scream;TagBoard ♥

    ShoutMix chat widget


    The EarthLinkage♥

    Nurliyana Aishah Farhanah Hadirah Haiqal Hakim Hafiz Hikmah Adli

    Credits ♥

    Designer
    Basecodee
    Photobucket
    Background